Omelet Gaming telah mengumumkan Omelet Gaming Mini Joy-Pad dan merupakan yang pertama mempunyai fungsi glow-in-the-dark ataupun bercahaya di dalam gelap.

Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Moon White, Azure Blue, Volt Green, Lemon Yellow dan Sunset Orange dan boleh melakukan campuran warna.

Selain menyokong fungsi LumiGlow, ia juga mempunyai teknologi Hall-Elite yang mengelak daripada masalah “joy-con drifting” tanpa mengurangkan kejituan dan juga ketahanan. Joy-pad ini berfungsi seperti Joy-con yang boleh digunakan secara handheld ataupun nirwayar.

Omelet Gaming Mini Joy-Pad ini akan tiba secara rasmi pada bulan Disember ini.

Sohor Kini