Amazon Membuang Sejumlah Pekerja Dibawah Amazon Games

Amazon sedia mempunyai bahagian khusus untuk pembangunan permainan video, dibawah Amazon Games. Apa pun, dengan perkembangan industri semasa, Amazon turut mengumumkan akan membuang 180 pekerja pada bahagian Amazon Games.

Amazon menyatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada pembangunan permainan mereka tersendiri, dan akan kurangkan pekerja sokongan untuk permainan pihak ketiga atau penstriman.

Dengan langkah ini juga, Amazon dijangka akan lebih memfokuskan kepada permainan akan datang mereka, termasuk “Throne and Liberty”, “Blue Protocol”, serta sejumlah permainan akan datang dibawah siri Tomb Raider dan juga The Lord of the Rings.

Sohor Kini