John Wick 5 Dan Versi Anime Kini Dalam Pembangunan

John Wick: Chapter 4 sepatutnya adalah filem terakhir. Namun selepas kejayaan filem ini dengan maklum balas positif dan kutipan yang bagus, Lionsgate sukar untuk menamatkan begitu sahaja walaupun sudah ada dua sampingan iaitu siri The Continental dan akan datang filem Ballerina.

Bulan Mei lepas, Lionsgate telah memulakan pembangunan awal bagi John Wick: Chapter 5 dan terhenti akibat mogok. Kini pembangunan telah dimulakan semula dan bukan itu sahaja, kerana studio turut ingin menghasilkan anime bagi John Wick.

Dunia John Wick turut dikatakan akan dikembangkan lagi dengan lebih banyak projek kisah sampingan. Buat masa ini masih tiada sebarang butiran lagi, tetapi besar kemungkinan pengarah francais John Wick iaitu Chad Stahelski. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini