Sebelum John Wick 4 dikeluarkan, dan juga selepas ia ditayangkan ramai yang mengatakan, bahkan daripada pihak produksi tersendiri, filem tersebut akan menjadi filem terakhir untuk John Wick.

Namun, selepas penerimaan yang baik termasuk juga membantu untuk siri filem John Wick mencatat $1 bilion kutipan – Lionsgate mengumumkan yang filem kelima di peringkat awal pembangunan.

“Secara rasminya, seperti yang anda ketahui, Ballerina adalah kandungan sampingan yang akan tiba pada tahun depan. Kami juga sedang membangunkan tiga lagi kandungan termasuk juga [John Wick 5] dan siri TV, The Continental yang akan disiarkan tidak lama lagi” menurut Pengerusi Lionsgate Joe Drake.

“Kami sedang membina satu dunia dan apabila filem kelima tersebut tiba, ia akan menjadi sesuatu yang penceritaanya dibina secara organik. Tetapi anda boleh jangkakan hadirnya John Wick” tambahnya lagi.

Chad Stahelski, pengarah John Wick sebelum ini menyatakan beliau dan Keanu Reeves ingin berehat dari John Wick buat masa ini. Tetapi mereka tidak ingin melihat filem ini tamat dan jika di masa hadapan mereka ada idea yang boleh menandingi sambutan John Wick 4 – filem John Wick 5 boleh dihasilkan.

Sohor Kini