Arcane merupakan siri animasi Netflix yang dibangunkan berdasarkan permainan komputer popular League of Legends oleh Riot Games. Siri animasi tersebut menerima banyak pujian kerana penceritaan, watak dan kualiti animasi yang menakjubkan, dan ramai peminat tertunggu-tunggu untuk sambungan kepada musim pertamanya.
Terkini, melalui ciapan di X, Netflix telah memperlihatkan sebuah video acah yang menunjukkan watak Jinx dan juga bulan dimana musim kedua Arcane akan tiba ke platform tersebut, iaitu November 2024.
Penungguan peminat Arcane nampaknya akan bersambung untuk setahun lagi, dan bagaimanakah Netflix akan menyambungkan penceritaan daripada pengakhiran musim pertama ini sangatlah ditunggu-tunggu orang ramai.