Army of the Dead adalah francais baharu di Netflix yang dibangunkan oleh Zack Snyder dan bertemakan zombi. Filem ini turut mempunyai prekuel iaitu Army of Thieves dan ia akan dikembangkan dengan siri animasi Army of the Dead: Lost Vegas.
Dukacita dimaklumkan, Snyder telah mengesahkan dengan Total Film yang siri animasi ini tidak akan diteruskan di Netflix. Army of the Dead: Lost Vegas dikatakan telah pun siap, boleh untuk ditonton kerana setiap animasi selesai dan suara pelakon telah dirakam tetapi ada isu teknikal yang menyebabkan siri animasi ini ditunda.

Animasi ini sepatutnya keluar selepas filem Army of Thieves tetapi kini selepas bertahun menyepi, nampaknya ia tidak akan diteruskan. Snyder tidak memberi sebarang sebab kenapa ia tidak diteruskan, pada hemat saya mungkin kerana Netflix nampak peluang lebih cerah dengan francais Rebel Moon.


