Haunting In Venice Akan Ke Disney+ Hotstar 31 Oktober Ini

Hercule Poirot lakonan Kenneth Branagh telah kembali dalam filem ketiga berdasarkan novel Agathan Christie, iaitu A Haunting In Venice. Filem ini juga merupakan filem penyiasatan misteri kematian seseorang, cuma kali ini ia bertemakan seram.

Selain Baranagh, Michelle Yeoh, Tina Fey, Jude Hill, dan Ali Khan turut membintangi filem ini. Filem ini berdasarkan pengalaman menonton kami adalah lebih baik berbanding Death on the Nile, tetapi masih tidak sebaik filem pertama – Murder on the Orient Express. Terbaru, filem ini akan tiba ke platform penstriman video Disney+ Hotstar.

Mereka yang tidak sempat menonton boleh saksikannya bermula 31 Oktober ini. Semasa menonton filem ini, Aksiz memberikan skor ulasan 8/10. Anda boleh membaca ulasan yang ditulis oleh Izzat – Ulasan A Haunting in Venice.

Sohor Kini