David Yates adalah pengarah bagi filem Harry Potter and the Order of the PhoenixHarry Potter and the Half-Blood Prince dan kedua-dua filem Deathly Hallows serta ketiga-tiga Fantastic Beast. Beliau pernah menyatakan yang terdapat banyak projek francais Harry Potter yang tidak berkait dengan dunia sihir tetapi tidak diteruskan.

Terbaru, Yates memberitahu Total Film yang francais Fantastic Beast tidak akan diteruskan buat masa ini. Perancangan asal bagi Fantastic Beast adalah untuk mempunyai lima filem tetapi kini ia berhenti pada trilogi sahaja iaitu Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016), Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018) dan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022).

Yates turut memberitahu selepas filem ketiga ditayangkan, beliau sedar yang francais filem ini patut dihentikan sementara. Ini mungkin kerana filem kedua dan ketiga tidak menerima sambutan yang baik dan menerima maklum balas negatif oleh pengkritik.

Walaupun begitu, Yates memberitahu yang Fantastic Beast mungkin akan kembali suatu hari nanti. Tetapi masih tidak mempunyai sebarang pengesahan bila, adakah pelakon asal akan kembali atau apakah penceritaan yang beliau ingin teruskan.

Sohor Kini