Seperti yang semua sedia maklum, Warner Bros. Discovery sedang mengolah semula francais Harry Potter menjadi siri TV untuk Max. Buat masa ini masih tiada sebarang informasi seperti jalan cerita, barisan pelakon dan bila ia akan disiarkan.

Siri TV ini akan mengikut kisah daripada novel secara terus. David Yates selaku pengarah bagi filem Harry Potter and the Order of the PhoenixHarry Potter and the Half-Blood Prince dan kedua-dua filem Deathly Hallows serta ketiga-tiga Fantastic Beast menyatakan beliau ada banyak projek Harry Potter yang tidak berkaitan dengan dunia sihir.

Apakah nasib kepada setiap projek ini tidak diketahui kerana Yates sudah sedia untuk meninggalkan Harry Potter dan meneruskan kerjaya dengan filem-filem lain seperti yang terbaru Pain Hustler. Sama-sama kita nantikan apakah pengumuman Wizarding World yang seterusnya.

Sohor Kini