Upin & Ipin: The Helping Heroes adalah siri animasi pendek berbahasa Inggeris yang sebelum ini hanya diterbitkan di saluran YouTube Les’ Copaque Production. Ia tidak mempunyai kisah yang sama dengan siri animasi Upin Ipin yang semua kenal kerana ia menyasarkan kanak-kanak kecil dan lebih bertemakan pendidikan seakan Paw Patrol.

Watak Upin Ipin di dalam siri The Helping Heroes turut memakai sut adiwira yang canggih. Siri ini turut menyertakan watak IP Les’ Copaque yang lain seperti DaDuDiDo. Ia akan tiba ke Netflix bermula 10 November ini.

Sohor Kini