Mattel Hadir Dengan Koleksi Barbie “Ted Lasso”

Ted Lasso adalah siri komedi paling popular di Apple TV+ yang dihasilkan bersama-sama dengan Warner Bros. Siri ini mengisahkan jurulatih bola sepak yang tidak berpengalaman yang perlu melatih pasukan bola sepak terkenal, AFC Richmond.

Baca – Ted Lasso Musim 3 Bermula Dengan Penuh Drama Menarik

Dengan kejayaan Warner Bros. untuk filem Barbie, mereka sekali lagi bekerjasama dengan Mattel – tetapi kali ini bukan filem sebaliknya adalah koleksi anak patung Barbie bertemakan Ted Lasso.

Pertama adalah Barbie Ted Lasso (Jason Sudeikis) yang mempunyai misai ikonik, kaca mata terkenal serta sut balapan AFC Richmond yang dipakai dalam siri TV tersebut. Kedua adalah Rebecca (Hannah Waddingham) iaitu pemilik pasukan bola ini dengan gaya orang kaya dan akhir sekali adalah Keeley (Juno Temple) yang mirip Barbie biasa tetapi dengan pakaian mewah watak ini.

Mattel buat masa ini hanya menjual Ted Lasso x Barbie Collection di Amerika Syarikat pada harga $50 setiap satu iaitu sekitar RM239.

Sohor Kini