Squadron 42 Dijangka Siap Dalam Satu Atau Dua Tahun Lagi

Jika anda mengikuti perkembangan permainan MMORPG Star Citizen, anda pasti tahu juga mengenai Squadron 42, permainan single player yang dibangunkan berasaskan Star Citizen. Ia diperkenalkan pada tahun 2014, tetapi telah ditunda sehingga kini kerana para pembangun Cloud Imperium Games tidak berpuas-hati dengan bagaimana permainan tersebut berfungsi.

Terkini, sewaktu acara CitizenCon 2023, Cloud Imperium Games telah memperlihatkan kemaskini kepada enjin grafik Star Engine mereka dengan sebuah video beresolusi tinggi yang memperlihatkan apa yang boleh dilakukan didalam permainan tersebut.

Di acara tersebut, CIG juga telah membuat satu lagi pengumuman dengan mengatakan bahawa Squadron 42 kini sudah memasuki fasa “gilapan” dan semua fungsi dan ciri-ciri utama permainan ini sudahpun lengkap dibangunkan.

Pada fasa gilapan ini, CIG dilihat mahu memastikan bahawa bukan sahaja semua fungsi sistem berfungsi dengan baik, tetapi juga sedang membangunkan pelbagai lagi aspek permainan seperti kecerdasan buatan, video adegan-adegan khusus, latar suara dan naratif permainan.

Malah, Chris Roberts, pengarah CIG mengatakan bahawa diantara selebriti yang akan memainkan suara latar dalam Squadron 42 termasuklah Gary Oldman, Mark Hamill, Gillian Anderson, John Rhys Davies, and Andy Serkis.

Seperti yang dikatakan, Squadron 42 telah ditunda untuk beberapa tahun. Bercakap mengenai ini, Carl Jones, Ketua Pegawai Operasi di CIG mengatakan bahawa beliau menjangkakan bahawa Squadron 42 akan siap sepenuhnya dalam masa satu atau dua tahun lagi.

Sumber: Eurogamer

Sohor Kini