Pencipta kandungan permainan video tempatan Cikgu Zyd Gaming telah menganjurkan protest “Solidarity UntukMu Palestin” di dalam Roblox sebagai memperlihatkan sokongan terhadap Palestin dan Gaza secara khususnya yang sedang diserang oleh Israel dan telah mengorbankan lebih 5000 ribu orang.

Menurut RoshanotGamer yang turut menghadiri protest ini, ia telah dihadiri oleh lebih 200 pemain yang mengibarkan bendera Palestin dan juga bendera Malaysia.

Berdasarkan laporan oleh Kotaku, jurucakap Roblox Corporation mengatakan yang mereka membenarkan protest sebegini dilakukan di dalam permainan akan tetapi ia mesti tidak melibatkan sokongan terhadap mana-mana organisasi ataupun parti politik.

Sumber Gambar: Sweetpeatribe

Sohor Kini