Selain Apple TV+, Apple turut mempunyai perkhidmatan penstriman lain seperti Apple Music dan Apple Podcast. Seperti TV+, Podcast turut mempunyai podsiar asli yang Apple sendiri hasilkan termasuk podsiar khas Apple TV+.
Terbaru, Bloomberg melaporkan yang podsiar percuma Apple akan disertakan dengan iklan. Buat masa ini iklan akan hanya terhad kepada podsiar yang dihasilkan oleh Apple dan Apple TV+ sahaja. Bagi yang tidak tahu, berbeza dengan penerbit podsiar lain yang menawarkan kandungan premium melalui langganan bulanan, semua podsiar Apple adalah percuma.
Pada hemat saya ini adalah perkara yang baik kerana Apple Podcast tidak memerlukan sebarang langganan, banyak kandungan percuma dan iklan hanya terhad kepada dalam podsiar sahaja bukan pada aplikasi.