Skip to main content

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan yang penyediaan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.

Di dalam pengumuman, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan untuk mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sukan akan tetapi berdasarkan pengumuman ini, ia lebih memfokuskan kepada pembangunan permainan video berbanding esukan.

Selain untuk permainan video, Kerajaan juga telah mengumumkan RM160 juta untuk industri kreatif, pengurangan cukai hiburan, cukai pendapatan khas untuk studio asing dan juga pengajuran Anugerah Seni Negara.

Leave a Reply