Siri aksi nyata One Piece di Netflix sehingga menjadi antara kandungan paling popular dan telah disahkan akan diteruskan dengan musim kedua. Netflix tidak berhenti dengan One Piece sahaja kerana hari ini mereka telah mengumumkan yang siri aksi nyata Yu Yu Hakusho pula akan tiba ke platform penstriman ini.

Netflix turut menjanjikan yang adaptasi aksi nyata ini akan membawakan watak-watak yang realistik dengan emosi yang sama dalam manga, selain turut menjamin kualiti kesan visual yang tinggi kerana bekerjasama dengan studio VFX yang menggunakan teknologi terkini serta pernah terlibat dengan banyak filem Hollywood hebat lain.

Pembangunan siri TV ini dikatakan mengambil masa selama lima tahun bersama pengarah Sho Tsukikawa, penulis skrip Tatsuro Mishima serta pelakon seperti Takumi Kitamura, Jun Shison, Kanata Hongo dan Shuhei Uesugi. Siri ini akan ke Netflix bermula 14 Disember akan datang.

Sohor Kini