Netflix Meneruskan One Piece Aksi Nyata Untuk Musim Kedua

Netflix hari ini telah mengumumkan One Piece musim kedua, iaitu siri TV aksi nyata baharu mereka yang popular yang diadaptasi daripada karya Eiichiro Oda melalui Transponder Snail. Menariknya, Netflix mengacah yang kumpulan lanun Straw Hats memerlukan doktor iaitu kehadiran watak Tony Tony Chopper.

Netflix turut berkongsi yang One Piece ini adalah antara kandungan baharu mereka yang paling popular dengan lebih 37.8 juta tontonan dalam masa dua minggu. Siri ini turut menjadi Top 10 di 93 negara.

Dalam video pengumuman, Oda menyatakan yang skrip musim kedua masih dalam pembangunan lagi dan ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini