Beberapa minggu yang lalu, Unity telah mengumumkan perubahan ketara kepada langganan perisian pembangunan permainan mereka, dan ia telah menyebabkan isu yang sangat besar terhadap syarikat tersebut, khususnya dikalangan pembangunan permainan video berskala kecil dan sederhana.

Syarikat tersebut kemudiannya telah membuat beberapa perubahan terhadap langganan perisian pembangunan tersebut, tetapi beberapa insiden tambahan, termasuklah apabila CEO dan presiden syarikat tersebut, John Riccitiello telah didapati menjual saham syarikat sebelum pengumuman tersebut dibuat, dan ia dilihat telah menyebabkan isu yang jauh lebih serius untuk syarikat tersebut.

Unity dilihat telah mengubah terma langganan perisian tersebut utuk lebih mesra pembangun permainan berskala kecil, tetapi ia dilihat dengan mata yang sinis kerana syarikat tersebut boleh sahaja menukar terma-terma mereka pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin oleh kerana ini, John Riccitiello telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO dan juga presiden syarikat tersebut. Menurut pengumuman Unity lagi, James Whitehurst, mantan presiden dan CEO syarikat IT Red Hat telah dilantik sebagai presiden dan CEO sementara Unity sebelum mereka melantik eksekutif baru ke jawatan tersebut.

Sohor Kini