Lego Bakal Menerima Produk Berdasarkan Animal Crossing

Nintendo dan Lego telah mengumumkan yang mereka bekerjasama untuk hadir dengan produk Lego berdasarkan permainan Animal Crossing. Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini masih tidak diperincikan lagi.

Namun, VGC pada bulan Ogos lepas telah melaporkan yang kerjasama ini akan hadir dengan 5 set berbeza dengan harga bermula $14.99 sehingga $74.99. Set-set ini dikatakan akan tiba bermula pada bulan Mac tahun depan.

Animal Crossing melalui permainan terbaru mereka iaitu Animal Crossing: New Horizons masih lagi permainan kedua paling popular di Nintendo Switch dan telah terjual sebanyak 42.79 juta unit setakat 30 Jun lepas.

Sohor Kini