Skip to main content

UniVRse Interactive telah mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan Luncai Emas iaitu syarikat rakaman oleh pemuzik terkenal Dato’ Mohamad Nasir Bin Mohamad ataupun M. Nasir.

MoU ini adalah untuk kerjasama di antara dua syarikat tersebut di dalam menghasilkan kandungan bersama yang akan merangkumi pelbagai domain terutamanya dalam landskap hiburan permainan dan digital.

Tumpuan utama bagi kerjasama pada waktu ini adalah pembangunan muzik untuk permainan terbaru oleh UniVRse Interactive iaitu “Empayar: The Melaka Chronicles” yang akan tiba tidak lama lagi.

Empayar: The Melaka Chronicles seperti permainan oleh UniVRse sebelum ini memfokuskan kepada metamesta.

Leave a Reply