TGV Cinemas adalah antara pawagam terawal di Malaysia yang menawarkan pengalaman IMAX. Terbaru, TGV Cinemas bakal hadir dengan pawagam IMAX with Laser Systems dan teknologi audio 12-saluran.

Pawagam baharu IMAX ini dikatakan boleh memberikan audio yang lebih jelas dan realistik. Di pawagam ini akan ada speaker tambahan di setiap sisi dan juga di bahagian atas untuk pengalaman pendengaran yang lebih imersif.

Projektor laser IMAX yang digunakan pula menyokong paparan 4K yang menjanjikan kualiti imej lebih terang, jelas dan penuh dengan butiran. Pawagam TGV pertama dengan sistem IMAX baharu ini akan mula beroperasi pada 5 Oktober di TGV Pavilion Bukit Jalil.

TGV Cinemas turut akan membawakan teknologi sama di TGV Sunway Velocity, TGV KLCC, dan TGV 1 Utama tidak lama lagi.

Sohor Kini