Skip to main content

Mattel Films kini sedang aktif dalam mengadaptasi produk mainan mereka menjadi filem. Selepas kejayaan filem Barbie, Mattel menyedari produk mainan boleh dijadikan filem untuk tontonan ramai. Projek yang kini dalam pembangunan adalah filem berdasarkan Barney, iaitu dinosaur ungu yang membantu kanak-kanak.

Cuma, filem ini adalah filem seram dan dikatakan akan mempunyai elemen penceritaan seakan filem A24. Daniel Kaluuya (Black Panther, Get Out) akan menjadi penerbit filem ini. Baru-baru ini, Kevin McKeon selaku eksekutif Mattel Films menyatakan filem Barney ditujukan untuk penonton matang dan dewasa tetapi bukan disebabkan rating R. Sebaliknya filem ini menyasarkan penonton dewasa yang semasa kanak-kanak membesar bersama dengan Barney.

McKeon turut mempunyai harapan tinggi untuk filem Barney ini berjaya dan boleh menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya. Buat masa ini, filem ini masih dalam peringkat awal pembangunan dan masih tiada sebarang sinopsis serta senarai pelakon lagi.

Sumber – Variety

Leave a Reply