Predator League Asia Pasifik 2024 akan bermula secara rasmi di Malaysia melalui Peringkat Akhir Setempat yang akan berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre bersama dengan penganjuran Noizucon.

Hari ini, bersempena dengan kejohanan tersebut, Acer Malaysia telah mengumumkan dua monitor OLED baharu iaitu Predator X27U dan Predator CG48, selain itu, jualan promosi juga akan dianjurkan secara dalam talian dan juga di Noizucon yang turut menawarkan 2 tiket pergi dan balik untuk menonton Peringkat Akhir Predator League Asia Pasifik 2024 di Manila pada tahun depan.

Predator X27U WQHD OLED

Monitor gaming Predator X27U ini menyertakan saiz skirn 26.5-inci, panel OLED dengan sokongan kadar segar semula sehingga 240Hz. Tempoh reaksi adalah 0.03ms (G ke G) dan 0.01ms tempoh reaksi pixel dengan sokongan teknologi AMD Freesync Premium.

Predator X27U juga menyertakan sokongan HDR10, dengan tahap kecerahan tertinggi mencecah 1000nits. Monitor ini ditawarkan dengan harga RM3,999, anda boleh dapatkan dengan harga RM3,599 sehingga 1 Oktober.

Predator CG48 4K OLED

Bagi yang inginkan monitor bersaiz besar, Predator CG48 mempunyai skrin bersaiz 48-inci, panel OLED dengan kadar segar semula sehingga 138Hz dan resolusi 4K. Monitor bersaiz besar ini direka khusus untuk kegunaan ruang tamu dan juga sesi permainan konsol.

Ia menyokong sambungan HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4, teknologi AMD FreeSync, VRR, dan HDR10. Predator CG48 ditawarkan dengan harga RM5,999 anda boleh dapatkan dengan harga RM5,399 sehingga 1 Oktober.

Jualan Promosi

Acer juga telah mengumumkan jualan promosi akan berlangsung sehingga 1 Oktober termasuk juga ‘Flash Sales’ yang akan berlangsung pada 30 September pada pukul 12 tengah hari dengan penawaran seperti Acer Nitro VG240YE dengan harga RM269 (potongan 40%), Predator X27U dengan harga RM2,999 (potongan RM1,000), Predator CG48 dengan harga RM4,999 (potongan RM1000) and Nitro Gaming Chair dengan harga RM199 (potongan 75%).

Pembeli yang membeli perkakasan terpilih juga berpeluang untuk mendapatkan dua tiket pergi dan balik ke Peringkat Akhir Predator League Asia Pasifik 2024 di Manila yang bernilai RM10 ribu.

Sohor Kini