Pada awal bulan ini, kesatuan yang mewakili pelakon-pelakon Amerika Syarikat, SAG-AFTRA telah mengumumkan yang ahli telah bersetuju untuk turut melibatkan permainan video di dalam mogok mereka yang berlaku sejak bulan Julai lepas tetapi melibatkan kandungan filem dan siri TV sahaja.
Terbaru SAG-AFTRA mengatakan yang perkara ini telah dipersetujui oleh 98.32% daripada 34,687 ahli yang mengundi iaitu 27.47% daripada jumlah keseluruhan ahli.
Walaupun, sudah dipersetujui, mogok melibatkan permainan video tidak bermula dengan mereka masih di meja rundingan bersama dengan Activision, Blindlight, Disney Character Voices, EA, Formosa Interactive, Insomniac Games, Epic Games, Take Two Productions, VoiceWorks dan WB Games.
Mereka juga mengatakan yang perbincangan seterusnya akan berlaku pada 26, 27 dan juga 28 September 2023 dan mengharapkan persetujuan untuk mogok ini dapat mengukuhkan permintaan mereka.
Jika mogok berlaku, ia akan melibatkan permainan yang menggunakan pelakon suara ahli SAG-AFTRA, antaranya adalah Marvel’s Spider-Man 2.
SAG-AFTRA sebelum ini mengatakan yang fokus utama mereka melalui perundingan ini adalah untuk memastikan pelakon mendapat peningkatan gaji dan juga pelindungan daripada penggunaan AI.