Skip to main content

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah berkongsi satu penulisan di X (sebelum ini Twitter) yang mengatakan permainan video adalah bahagian penting bagi Perancis, ia adalah peluang besar untuk negara, pemuda dan juga masa depan pekerjaan dan juga ekonomi.

Beliau membuat kenyataan ini selepas menerima kritikan kerana menyalahkan permainan video sebagai punca kepada rusuhan yang berlaku di negara tersebut pada bulan Jun lepas. Rusuhan tercetus apabila seorang remaja berumur 17 tahun ditembak mati oleh polis – selain permainan video, beliau juga menyalahkan media sosial.

Emmanuel Macron juga mengatakan yang permainan video adalah budaya, hiburan dan persembahan.

“Ia adalah perkara yang penting untuk penguji-kajian artistik, bahan pembelajaran, dan juga gabungan pelbagai seni – bermain permainan video bermaksud pemain akan mendengar muzik, mengikuti penceritaan, merasai emosi, menjelajah masa. Ia adalah semesta visual yang menulis bab baharu di dalam sejarah seni” tulisnya di dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga menyentuh mengenai esukan dan mengatakan ia adalah sukan dan akan terus disokong oleh kerajaan beliau, terutama melalui Rancangan 2030 Perancis. Beliau mengakhiri penulisan dengan mengatakan ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan di dalam industri permainan video dan beliau akan menyokongnya.

Industri permainan video di Perancis merupakan antara yang terbesar di Eropah, pada tahun 2022, ia telah menjana Є5.53 bilion untuk negara tersebut. Antara penerbit dan pembangun yang berasal dari Perancis adalah Ubisoft, Arkane Studios, Quantic Dream, Dontnod Entertainment dan Focus Entertainment.

Leave a Reply