ESL telah mengumumkan yang Kejohanan Dota 2 ESL One akan kembali dianjurkan pada tahun ini, dan buat pertama kali ia akan berlangsung di Kuala Lumpur, sebelum ini ESL One berlangsung di Genting termasuk juga pada tahun lepas yang memperlihatkan pasukan OG menjadi juara.

Kejohanan ini akan bermula pada 11 sehingga 17 Disember 2023 yang akan melibatkan 12 pasukan untuk merebut hadiah terkumpul $1 juta. Pasukan-pasukan yang akan terlibat akan diumumkan tidak lama lagi.

Kejohanan ini akan bermula dengan peringkat kumpulan pada 11 sehingga 13 Disember dengan 12 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dan enam pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat Playoff yang berlangsung pada 15 sehingga 17 Disember.

Peringkat kumpulan akan berlangsung secara tertutup dengan ia boleh diikuti melalui penstriman melalui saluran ESL Dota 2 di Twitch, YouTube dan juga rakan siaran rasmi.

Manakala peringkat Playoff akan berlangsung secara langsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Jualan tiket untuknya akan dibuka bermula pada 21 September ini dengan pilihan seperti berikut;

  • 3-hari (Premium) – RM549
    • Tiket untuk 3 hari Playoff
    • Beg Ganjaran (Premium)
    • Tempat duduk dekat dengan pemain
    • Sesi Tanda Tangan
    • Lencana
  • 3-hari (Plus) – RM349
    • Tiket untuk 3 hari Playoff
    • Beg Ganjaran
    • Sesi Tanda Tangan
  • Kemasukan Umum – RM149
    • Tiket untuk 3 hari Playoff
    • Sesi Tanda Tangan

Anda boleh layari esl.gg/eslonemytickets untuk dapatkan tiket bermula pada 21 September ini.

Sohor Kini