OG Adalah Juara Untuk ESL One Malaysia 2022

OG meneruskan momentum mereka memenangi kesemua perlawanan mereka di Lower Bracket dengan menjadi juara untuk ESL One Malaysia 2022 selepas mengalahkan Team Aster dengan skor 3-0. OG memperlihatkan dominasi dengan mengawal keseluruhan perlawanan di setiap pusingan dan segala strategi Team Aster tidak menjadi.

OG membawa pulang $175 ribu dan sudah semestinya membakar semangat mereka untuk kejohanan The International yang akan berlangsung di Singapura tidak lama lagi.

Team Aster memasuki Peringkat Akhir dengan rekod bersih tanpa kalah, namun mereka gagal untuk memenangi perlawanan terpenting bagi kejohanan ini dan terpaksa berpuas hari dengan kedudukan kedua dan membawa pulang $85 ribu.

Di tempat ketiga adalah Team Secret yang ditewaskan oleh OG di Peringkat Akhir Lower Bracket dan tempat keempat adalah Fnatic yang juga ditewaskan oleh OG di Peringkat Separuh Akhir Lower Bracket.

Sohor Kini