Kisah Star Wars: Vision Dikembangkan Ke Komik

Star Wars: Vision adalah siri animasi Star Wars yang menceritakan kisah alternatif. Ia lebih kepada “What If…?” dan merupakan sebuah antologi dengan setiap episod mempunyai kisah tersendiri, gaya animasi sendiri dan memberikan pengalaman menonton yang berbeza.

Baca – Apa Kami Tonton Minggu Ini? #17 – Foundation, Trilogi The Matrix, Star Wars: Vision

Terbaru, kisah The Duel yang memfokuskan kepada Ronin Sith yang ditulis oleh Kamikaze Douga akan dikembangkan ke dalam komik sebagai siri sampingan. Ini menjadikan kisah sampingan kedua selepas novel grafik Star Wars: Vision yang ditulis oleh Emma Mieko Candon.

Komik dengan judul Star Wars: Visions – Takashi Okazaki #1 ini akan ditulis dan dilukis oleh Takashi Okazaki dan akan ditawarkan bermula November akan datang. Komik ini akan menceritakan kisah The Ronin bersama dengan droid B5-56. Kisah mereka adalah seakan dunia Star Wars berlaku di era Samurai Jepun. Ronin terkenal sebagai pembunuh Sith dan dikatakan asal-usul watak ini adalah Sith sebelum menjadi Rebel kepada Empire.

Baca – Ulasan Star Wars: Vision Musim 2

Grafik dalam komik ini akan disampaikan dalam hitam dan putih dengan warna hanya pada Lightsaber sahaja. Komik ini akan menjadi siri berulang akan datang bersama-sama dengan Star Wars: Visions – Peach Momoko #1 oleh Marvel.

Sumber – Star Wars

Sohor Kini