Skip to main content

Bloomberg telah melaporkan yang Warner Bros Discovery semakin hampir untuk mempersetujui perjanjian di dalam penghasilan siri TV berdasarkan Harry Potter.

Laporan tersebut juga mengatakan yang siri TV ini akan mengadaptasi 7 buku asal Harry Potter dengan setiap musim adalah untuk satu buku. JK Rowling akan terlibat untuk memastikan penceritaan mengikut sumber asal tetapi tidak akan terlibat secara terus.

Buku-buku Harry Potter ini sudah hadir sebagai filem sebelum ini yang menjadi pencetus fenomena populariti Harry Potter, melalui siri TV mereka berharap untuk mengembangkan lagi penceritaan dan dapat memasukkan bahagian-bahagian yang tidak disertakan di dalam filem.

Walaupun nama Harry Potter telah mencetus pelbagai kontroversi terutama akibat beberapa pandangan JK Rowling, namun masih lagi satu siri popular – ini diperlihatkan melalui jualan yang baik untuk permainan video Hogwarts Legacy.

Warner Bros Discover berharap yang siri TV ini akan menjadi penarik utama untuk perkhidmatan penstriman baharu mereka yang dijangka akan diumumkan pada minggu depan.

Leave a Reply