Jangan keliru dengan YouTube Gaming iaitu kategori mengumpulkan kandungan penstriman permainan video oleh gamer, Playables adalah permainan atas talian yang terbina pada YouTube sendiri. Amanz telah melaporkan yang Google menguji ciri ini sejak beberapa bulan lalu.

Hanya beberapa hari lepas, YouTube mengesahkan secara rasmi yang Playables kini boleh diakses oleh sekumpulan kecil pengguna yang bertuah. Permainan ini boleh diakses pada desktop dan juga peranti mudah alih. Mereka yang mempunyai akses akan melihat kategori “Playables” di skrin utama YouTube.

Setiap permainan turut boleh dipantau di YouTube History atau MyActivity. Antara permainan yang ditawarkan adalah Stack Bounce dan akan datang akan ada banyak lagi. Buat masa ini masih tidak pasti lagi bila Playables akan dilancarkan kepada semua.

[sumber] Google [/sumber]

Sohor Kini