Tidak dinafikan yang filem Christopher Nolan yang paling berjaya adalah francais Dark Knight beliau dengan kutipan mencapai $2,461,076,985 untuk ketiga-tiga filem. Selepas francais Dark Knight tamat, Nolan hadir dengan Interstellar, Dunkirk dan Tenet. Ketiga-tiga filem ini tidak menerima kutipan sebaik Dark Knight ataupun Inception sehinggalah filem Oppenheimer ditayangkan.
Minggu ini menjadi satu bulan filem Oppenheimer ditayangkan di pawagam. Box Office Mojo mencatatkan rekod $718,594,245 untuk filem ini. Secara tidak langsung meletakkan Oppenheimer sebagai filem Nolan paling berjaya sejak 9 tahun lepas. Kali terakhir filem Nolan menerima kutipan tinggi adalah Inception pada tahun 2010 dengan kutipan $837,186,610.
Baca – Ulasan Oppenheimer – Pelakuran Sains, Sinema Dan Subversi Kurang Sempurna
Oppenheimer turut menewaskan kutipan filem Interstellar yang menerima $715,751,038. Sayang sekali filem ini tidak dapat menewaskan Barbie dan Super Mario Bros. Movie yang telah pun mencapai lebih $1 bilion.