Skip to main content

Lenovo dilihat akan memasuki arena konsol mudah alih bagi bersaing dengan Asus ROG Ally dan Steam Deck. Konsol Lenovo yang tertiris dikatakan adalah Legion Go. Menurut laporan Amanz, imej pengolokan yang tertiris memperlihatkan rekaan seakan gabungan Steam Deck dengan Nintendo Switch.

Alat kawalan di setiap sisi konsol (atau tablet) yang boleh ditanggalkan dengan mekanisme mirip Joy-Con. Di belakang terdapat tongkat untuk skrin didirikan,setiap alat kawalan terdapat tombol analog dan juga butang empat arah digital. Empat butang muka pula diletakkan pada alat kawalan kanan. Beberapa butang-butang bahu, butang belakang turut dan roda berputar turut dapat dilihat.

Lenovo Legion Go dilaporkan akan hadir dengan skrin 8″ OLED dan menjalankan sistem operasi Windows 11. Terbaru BapCo iaitu syarikat di sebalik ujian penanda aras Cross Mark menyenaraikan beberapa spesifikasi Legion Go. Skrin beresolusi 2560×1600, cip sama dengan ROG Ally iaitu AMD Ryzen Z1 pada model asas dan Z1 Extreme pada model lebih berkuasa. Memori adalah 16GB RAM LPDDR5 dengan storan dalam mencapai 512GB SSD M.2 NVMe Samsung atau WD.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan dilancarkan. Kelak anda bolehlah bermain permainan Cyberpunk, Shadow of Tomb Rider, atau Forza Horizon 5 pada tetapan 60FPS dengan FSR (DLSS versi AMD) sama seperti ROG Ally.

Sumber : X – Hoang Anh Phu

Leave a Reply