Skip to main content

Seperti yang semua sedia maklum dunia perfileman DC sedang diolah semula oleh James Gunn dan Peter Safran di bawah DC Studios. Dunia ini adalah DCU iaitu DC Universe dan beberapa watak dari DCEU akan kembali semula seperti Shazam dan Wonder Woman. Sementara Blue Bettle walaupun bukan filem DCU pertama, pelakonnya Xolo Maridueña akan menjadi watak DCU pertama.

Banyak lagi perkara yang Gunn rancang termasuk dengan memperkenalkan fasa pertama rasmi iaitu Chapter One: Gods & Monsters dengan filem pertama adalah Superman Legacy, kemudian Batman: The Brave and the Bold, Swamp Thing, Supergirl: Woman of Tomorrow dan The Authority. Baru-baru ini James Gunn berkongsi yang beliau akan mencipta peta dunia untuk DCU.

Peta dunia ini masih tidak pasti akan dikongsi kepada umum atau terhad kepada para pencipta filem untuk DCU sahaja. Peta ini dikatakan akan memaparkan lokasi-lokasi bandar serta negeri/negara fiksyen dalam DCU. Jadi nanti mungkin kita akan tahu di manakah Gotham City, di mana Metropolis, Star City pula berdekatan dengan apa dan banyak lagi dengan lebih mudah.

Gunn turut menyatakan peta dunia akan penuh dengan butiran. Jika benar ini berlaku, setiap filem DCU kelak akan lebih mudah berkait dengan satu sama lain apabila semua sedia tahu di manakah asal-usul watak tertentu serta lokasi ikonik yang memainkan peranan jalan cerita.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Threads, James Gunn

Leave a Reply