Skip to main content

Gal Gadot semasa temubual bersama dengan Comicbook telah mengatakan yang beliau akan membangunkan ‘Wonder Woman 3’ bersama dengan James Gunn dan Peter Safran selaku penyelia baharu untuk kandungan DC Universe.

“Ia (Wonder Woman) adalah watak yang saya sangat hargai. Berdasarkan apa yang saya dengar daripada James (Gunn) dan Peter (Safran), kami akan membangunkan Wonder Woman 3 bersama” kata Gal Gadot di dalam temubual tersebut.

Ini bukanlah pertama kali Gal Gadot mengatakan sedemikian, pada bulan Jun lepas, beliau juga mengatakan kepada ET yang lakonan beliau sebagai wirawati ini masih belum tamat.

James Gunn dan Peter Safran sebelum ini dilaporkan membatalkan perancangan Wonder Woman 3 yang dibangunkan oleh Patty Jenkins, pengarah untuk filem pertama dan kedua, kerana tidak selari dengan perancangan mereka untuk DC Universe yang baharu.

Kali terakhir Gal Gadot membawa watak Wonder Woman adalah semasa membuat penampilan sekejap di dalam filem The Flash yang kini boleh didapatkan secara digital.

Baca: Ulasan The Flash

Leave a Reply