Masih terdapat beberapa filem DC lain yang akan ditayangkan, yang bukan dalam DCU fasa pertama iaitu Chapter One – God and Monster. Filem ini adalah Shazam! Fury of the Gods, The Flash, Blue Beetle dan Aquaman 2.
Shazam! Fury of the Gods menurut James Gunn, sentiasa berada dalam dunia mereka tersendiri jadi mudah untuk terus dikaitkan dengan DCU. Sementara filem The Flash akan mengolah semula DCEU menjadi DCU. Filem Blue Beetles pula lakonan Xolo Maridueña (Karate Kid) turut dikatakan akan berada dalam DCU.
Akhir sekali filem Aquaman 2, menurut James Gunn akan menjadi sebahagian dalam DCU. Filem ini telah melalui beberapa penggambaran semula dan ditunda. Sebelum ini ada laporan menyatakan Batman versi Michael Keaton akan berada dalam filem ini, namun ditukar menjadi Batman Ben Affleck. Tidak pasti bagaimana, mungkin dalam The Flash nanti akan ada penjelasan.