Monsta telah mengumumkan yang siri animasi Boboiboy Galaxy Musim 2 akan tiba bermula pada 23 Disember dan mereka mengatakan yang ia akan tiba di skrin, di udara, di tanah dan juga di kedai.
Boboiboy Galaxy Musim 2 yang juga digelar sebagai Boboiboy G2 sebelum ini diumumkan akan tiba pada tahun ini dan akan diikuti oleh filem ketiga yang akan tiba pada tahun 2025.
Monsta juga melalui inisiatif “Monsta Satellite” membangunkan musim baharu ini bersama dengan studio luar, termasuk juga pekerja bebas dan studio luar negara.
Boboiboy Galaxy merupakan siri susulan kepada Boboiboy yang secara sendirinya mempunyai tiga musim. Musim pertama mula disiarkan pada tahun 2016 dan mempunyai 24 episod yang berakhir pada Jun 2018.


