BoBoiBoy G2 Akan Tiba Pada 2023, Filem Ketiga Pada 2025

Sudah empat tahun BoBoiBoy tiada siri animasi baharu atau filem. Walaupun begitu, kisah BoBoiBoy masih diteruskan melalui komik iaitu BoBoiBoy Galaxy 2.

Di Monsta Con, musim kedua BoBoiBoy Galaxy diumumkan akan tiba pada tahun 2023 dengan judul BoBoiBoy G2. Siri animasi musim baharu ini akan mempunyai 26 episod dan akan disiarkan secara berperingkat.

Komik pula akan diteruskan dengan musim ketiga iaitu BoBoiBoy G3. Komik ini pula akan diadaptasi menjadi filem ketiga iaitu BoBoiBoy Movie 3 yang dirancang untuk tiba pada tahun 2025 akan datang.

Sohor Kini