THQ Nordic telah mengumumkan secara rasmi permainan Teenage Mutant Ninja Turtle: The Last Ronin sedang dibangunkan oleh mereka. Mereka tidak mengumumkan tarikh pelancaran tetapi akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

TMNT – The Last Ronin merupakan permainan yang mengadaptasi novel grafik berjudul sama. Permainan ini telah diacahkan oleh Doug Rosen iaitu Naib Presiden untuk bahagian permainan video di Paramount Global pada bulan Mac lagi dan mengatakan yang ia akan mengambil inspirasi daripada God of War.

Di dalam penceritaan The Last Ronin, Michelangelo menjadi Ninja Turtle terakhir selepas Donatello, Rafael, Leonardo dan juga Master Splinter telah dibunuh oleh Foot Clan. Sebagai misi membalas dendam dan mengenang mereka, Donatello menggunakan kesemua senjata Ninja Turtle.

Perkara ini juga diperlihatkan di dalam treler pengumuman di atas yang memperlihatkan satu-persatu lilin di padamkan, menggambarkan Ninja Turtle yang terbunuh.

Sohor Kini