Skip to main content

Zack Snyder adalah pengarah pertama yang menerima peluang kedua untuk filem Justice League beliau. Filem asal yang telah dikawal studio tidak menerima maklum balas baik, namun suntingan pengarah iaitu Zack Snyder’s Justice League menerima maklum balas positif dan turut menerima skor ulasan tinggi.

Perkara ini berjaya dilakukan selepas ramai peminat melakukan petisyen dan pelbagai kempen #ReleaseTheSnyderCut. Terbaru David Ayer turut memberitahu yang filem beliau iaitu Suicide Squad turut akan mempunyai suntingan pengarah.

Ayer berkongsi di X, memberitahu semua orang yang James Gunn akan mengeluarkan Suicide Squad versi suntingan pengarah. Buat masa ini masih tidak mempunyai sebarang tarikh bila ia akan dikeluarkan. Dikhabarkan filem Suicide Squad versi asal beliau sebelum dikawal oleh studio mempunyai 40 minit adegan tambahan. Malah penglibatan Joker lakonan Jared Leto turut lebih banyak dalam versi beliau.

Suicide Squad turut telah diolah semula oleh James Gunn dengan judul The Suicide Squad, memfokuskan ahli baharu dengan Harley Quinn kekal oleh Margot Robbie serta Viola Davis kekal sebagai Amanda Waller. Sama-sama kita nantikan kehadiran Suicide Squad suntingan David Ayer.

Sumber – David Ayer

Leave a Reply