The Suicide Squad Akan Tiba Ke HBO Go 18 November Ini

The Suicide Squad adalah iterasi terbaik setakat ini selepas filem pertama tidak menerima sambutan yang begitu hangat. Ia masih menggunakan konsep yang sama, iaitu penjenayah dikumpulkan menjadi satu pasukan hero di bawah kawalan pihak berkuasa untuk menghentikan penjahat lain.

Filem kedua yang juga merupakan sekuel dan soft reboot ini diarahkan oleh James Gunn dan disertai oleh beberapa pelakon sama daripada filem pertama seperti Margot Robbie sebagai Harley Quinn, Joel Kinnaman sebagai Rick Flag atau juga Viola Davis sebagai Amanda Waller bersama-sama dengan pelakon hebat lain seperti Idris Elba sebagai Bloodsport, John Cena sebagai Peacemaker, David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man.

Terkini, filem ini telah disahkan akan disiarkan di HBO GO Asia pada 18 November akan datang – iaitu hari Khamis minggu hadapan.

Filem ini akan memfokuskan pasukan Suicide Squad menentang sejenis kaiju, iaitu Starro berpunca daripada pasukan tentera Corto Maltese dan The Thinker. Sambil itu, filem ini turut serba sedikit menceritakan kisah setiap ahli dalam pasukan ini. Filem ini penuh dengan aksi ganas yang berdarah dan padat dengan komedi.

Sohor Kini