Skip to main content

Nampaknya selepas Zack Snyder mengumumkan filem Justice League potongan beliau akan disiarkan pada tahun depan di HBO Max, trend memohon pengarah filem-filem tertentu dengan potongan mereka menjadi-jadi. Paling serius di Twitter adalah dari David Ayer, yang mana ramai memohon dan ingin tahu sama ada adakah filem Suicide Squad potongan David Ayer wujud?

Mana-mana filem kebiasaannya selepas selesai dirakam, disunting dan melalui pasca-proses – ia akan dinilai semula oleh studio dan kadangkala akan ada penggambaran semula dan potongan dilakukan. Begitulah yang terjadi pada filem Suicide Squad (2016) arahan David Ayer. Baru-baru ini beliau telah mengesahkan di Twitter yang potingan beliau untuk filem ini wujud. Peminat perlu memohon kepada AT&T dan HBO Max jika ingin tonton.

Tambahan beliau lagi, jika filem ini ingin disiarkan kembali – bajet yang diperlukan adalah sangat sedikit berbanding Justice League yang memerlukan puluhan juta USD. Segala apa yang peminat kecewa dengan filem Suicide Squad, jalan cerita semua akan kekal sama – cuma ada kemungkinan besar penampilan Joker (Jared Leto) akan lebih banyak itu sahaja.

Jadi, adakah anda ingin tonton filem ini? Atau potongan pengarah yang dilancarkan secara digital dan Blu-Ray sebelum ini sudah mencukupi? Pada saya Justice League lebih penting sebab idea Zack dan Joss sangat berbeza!

Leave a Reply