Skip to main content

Wizards of the Coast telah mengumumkan perancangan penambahan bagi permainan kad mereka iaitu Magic: The Gathering. Menariknya, mereka juga mengumumkan kolaborasi dengan permainan video iaitu Fallout oleh Bethesda, Assassin’s Creed oleh Ubisoft dan juga Final Fantasy oleh Square Enix.

Bagi tahun 2024, mereka mengumumkan 8 penambahan yang akan tiba bermula dengan Ravnica Remastered, Muders at Karlov Manor, Fallout yang akan tiba pada suku pertama. Bagi suku kedua adalah Outlaws of Thunder Junction dan Modern Horizons III dan suku ketiga adalah Assassin’s Creed, Bloomburrow dan Duskmourn House of Morror.

Manakala kolaborasi dengan Final Fantasy, Wizards mengumumkan yang ia akan tiba pada tahun 2025. Kolaborasi dengan IP-IP permainan video ini berkemungkinan besar diletakkan di bawah Universes Beyond seperti The Lord of the Rings baru-baru ini.

Leave a Reply