The Incredible Hulk adalah filem solo Hulk yang ditayangkan pada tahun 2008. Walaupun filem ini menyertakan cameo Tony Stark, jalan cerita filem tidak dikaitkan dalam MCU. Malah pelakon Bruce Banner/Hulk iaitu Edward Norton dalam filem ini turut digantikan dengan Mark Ruffalo untuk MCU.

Pengarah filem The Incredible Hulk adalah Louis Leterrier yang baru-baru ini mengarah filem Fast X. Beliau ada berkongsi dengan Comicbook.com mengenai perancangan filem Hulk seterusnya yang terpaksa dibatalkan. Sekuel The Incredible Hulk sepatutnya menyertakan variasi Hulk lain seperti Grey Hulk dan juga Red Hulk.

Jika anda tertanya kenapa Hulk masih tiada filem tersendiri dan kenapa Marvel tidak pernah menerokai kisah watak ini secara mendalam, ini adalah kerana Hulk dipegang oleh Universal Pictures. Disney hanya boleh menjadikan Hulk sebagai watak sampingan sahaja. Dalam siri She-Hulk, Hulk juga adalah watak cameo.

Akan datang, filem Captain America: Brave New World watak Harrison Ford iaitu Thunderbolt Ross dikhabarkan akan menjadi Red Hulk. Sementara Liv Tyler yang disahkan akan kembali sebagai Betty Ross mungkin akan menjadi Red She-Hulk. Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini di masa akan datang.

Sohor Kini