Kolaborasi di antara Magic the Gathering dan The Lord of the Rings adalah kolaborasi terbesar untuk permainan kad tersebut, antara tarikan untuknya adalah Wizards of the Coast telah mengeluarkan satu kad istimewa iaitu kad The One Ring dengan rekaan unik dan hanya dicetak satu sahaja, menjadikannya unik dan mahal.
Brook Tafton iaitu pemilik asal kad tersebut telah berkongsi di TikTok dan Instagram mengatakan yang penyanyi terkenal Post Malone atau nama sebenar beliau Austin Richard Post adalah pemilih baharu kad tersebut. Dia tidak menyatakan harga jualan tetapi kad tersebut dinilaikan dengan harga $2 juta.
Sebelum ini, Post Malone sering berbelanja untuk mendapatkan barangan collector, oleh itu tidak mengejutkan jika dia berminat untuk mendapatkan kad ini.
Walaupun kad The One Ring ini dicetak satu sahaja, akan tetapi pemain masih boleh dapatkan kad tersebut dengan rekaan yang berlainan dan dicetak dengan lebih banyak.
Kami sendiri memperolehnya yang anda boleh lihat melalui artikel – Membuka Booster MTG The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth. Namun, kad tidak bernilai jutaan ringgit.


