Selepas James Gunn dan Peter Safran mula mengendalikan DC Studios dan DC Universe, mereka mengumumkan yang Wonder Woman bukan dalam perancangan mereka. Ini secara tidak langsung membatalkan pembangunan bagi filem ketiga Wonder Woman.
Patty Jenkins selaku pengarah bagi filem Wonder Woman dan Wonder Woman 1984 turut berasa kecewa apabila filem ketiga ini dibatalkan. Baru-baru ini Gal Gadot memberitahu ET yang beliau masih belum tamat berlakon sebagai wirawati dari Amazon.
Beliau turut mengacah yang sesuatu sedang dirancang di sebalik tabir dan apabila sudah bersedia semua orang akan tahu apakah perancangan seterusnya bagi watak ini. Gadot turut kembali sebagai Wonder Woman dalam SHAZAM! Fury of the Gods dan The Flash sebagai cameo.
Filem-filem DC Universe yang sudah dirancang adalah untuk Chapter One – God and Monster iaitu Superman Legacy, Batman : The Brave and the Bold, Swamp Thing, Supergirl : Woman of Tomorrow dan The Authority. Sementara beberapa filem sedia ada dan akan ditayangkan seperti SHAZAM 2, The Flash dan Blue Beetles adalah filem yang menyertakan watak yang akan kembali ke DCU di masa akan datang nanti.
Sumber – Deadline