Skip to main content

Microsoft merupakan salah satu daripada segelintir syarikat teknologi yang bukan sahaja membolehkan pengguna untuk memperbaiki perkakasan mereka sendiri, tetapi juga menawarkan komponen-komponen yang diperlukan untuk membaikinya.

Jika sebelum ini mereka menawarkan komponen untuk tablet Microsoft Surface, penawaran tersebut kini telah dilanjutkan pula ke pengawal permainan Xbox, termasuklah Xbox Wireless Controller dan juga Xbox Elite Wireless Controller.

Ini termasuklah komponen-komponen seperti rangka luaran, papan litar, butang kawalan dan alat kawalan itu sendiri.

Buat masa ini, komponen-komponen ini nampaknya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu. Ia tidak begitu mengejutkan sekiranya ia akan diperlihatkan di pasaran-pasaran lain, khususnya dimana pengawal tersebut ditawarkan secara rasmi oleh Microsoft, seperti Malaysia di masa akan datang.

Sumber: Microsoft

Leave a Reply