Pada pertengahan bulan lepas, Ratata Arts iaitu studio ditubuhkan oleh Hiroyuki Kotani yang merupakan pencipta siri permainan irama Patapon telah mengumumkan permainan Ratatan akan dibangunkan dan memasuki biayasama Kickstarter pada 31 Julai 2023 lepas.
Kempen biayasama tersebut tampaknya mendapat sambutan yang baik apabila telah mencecah kutipan sebanyak $482 ribu berbanding $140 ribu yang disasarkan, jumlah yang dicapai kurang selepas 1 jam kempen bermula. Dengan masih terdapat 30 hari lagi untuk kempen ini, ia telah menerima 4,091 penyumbang.
Bagi kempen ini, jumlah terendah untuk sumbangan adalah $48 jika ingin mendapatkan permainan, dan yang paling mahal adalah $4,556 yang antaranya akan menjadi NPC di dalam permainan ini, buat masa ini terdapat 2 penyumbang di dalam kategori paling mahal ini.
Mereka menjangkakan yang permainan ini akan dilancarkan pada April 2025.