Mattel dan Proton telah mengumumkan yang Hot Wheels Proton Saga akan dikeluarkan pada Disember 2023. Kolaborasi ini telah diumumkan pada akhir tahun lepas yang akan menggunakan rekaan Proton Saga pertama sebagai Hot Wheels.
Selain itu, Hot Wheels dan Proton juga telah mengumumkan yang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON untuk kanak-kanak. Pertandingan ini telah melibatkan 386 kanak-kanak berumur 4 sehingga 12 tahun.
Mereka juga telah mengumumkan tiga pemenang iaitu Saw Jane Harn, 9; Ezra Rehan Pal, 11; dan Austin Goh Zi Hao, 11. Karya rekaan mereka akan menjadi penghias untuk bungkusan versi terhad bagi Hot Wheels Proton Saga ini dan akan dijual di Malaysia sekitar tahun 2024.
Kerjasama ini adalah bersempena dengan Mattel menyambut ulang tahun ke-40 mereka pada tahun lepas, dan Proton juga akan menyambut ulang tahun ke-40 pada bulan Mei lepas.