Hot Wheels Akan Keluarkan Model Berdasarkan Proton Saga Pertama

Mattel Inc iaitu syarikat pengeluar untuk kereta mainan Hot Wheels telah mengumumkan bersempena dengan ulang tahun Mattel Malaysia yang ke-40, mereka akan bekerjasama dengan Proton untuk hadir dengan model Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985.

Model ini akan dihasilkan dengan skala 1:64 dan akan mula dipasarkan pada akhir tahun ini. Bersama dengan pengumuman ini, Mattel juga telah mengumumkan perkembangan operasi mereka untuk mempertingkatkan tenaga kerja sehingga 10% iaitu ke 4,300 berbanding 3,900 pada waktu ini.

Sumber Berita/Gambar: Bernama

Sohor Kini