Final Fantasy XIV Dawntrail Akan Tiba Suku Ketiga Tahun Depan

Square Enix telah mengumumkan yang penambahan yang kelima untuk Final Fantasy XVI Online berjudul Dawntrail akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun depan yang antaranya akan menyertakan Jobs, lokasi dan juga peningkatan had tahap.

Buat masa ini mereka tidak berkongsi lanjut mengenai Job baharu yang akan disertakan tetapi mengesahkan yang ia adalah ‘Melee DPS’ dan ‘Magical Ranged DPS’. Had tahap yang buat masa ini setakat 90, akan dipertingkatkan ke 100 bersama dengan penambahan ini.

Lokasi baharu yang diumumkan untuk penambahan ini adalah Yok Tural, Tural, Tuliyalla, Urqopacah, Yak T’el manakala puak baharu pula adalah Pelupelu.

Final Fantasy XIV Online sudah dikeluarkan unutk PlayStation 4, PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC. Mereka juga telah mengumumkan untuk Xbox Series yang akan tiba sekita suku kedua tahun depan.

Sohor Kini